Search This Blog

Thursday, October 4, 2012

Dendam, marah motif culik




Suspek kes culik dan samun penyampai radio dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Johor Bahru: Dendam dan marah dipercayai punca penyampai stesen radio Best104, Julie Diana Omar Shariff, diculik empat jam oleh sekumpulan lelaki sebelum membebaskannya, Sabtu lalu.

Motif itu tersingkap selepas polis menahan tujuh lelaki berusia 15 hingga 40-an, termasuk lima yang ditahan jam 2 pagi semalam di sekitar bandar raya ini. Polis masih memburu empat lagi suspek yang disyaki turut terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron, berkata siasatan terhadap dua lelaki yang ditahan, Ahad lalu membawa kepada penangkapan lima rakan mereka awal pagi semalam.
Siasatan awal mendapati motif penculikan adalah dendam dan marah terhadap mangsa, katanya ketika dihubungi semalam.

Hashim berkata, polis memandang serius kes penculikan itu dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat membantu siasatan.

Sementara itu, lima suspek yang ditahan semalam, direman enam hari hingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Perintah dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat.
Semalam, akhbar melaporkan Julie Diana diculik sekumpulan lelaki yang memintas keretanya di Lebuhraya Pesisir Pantai dekat Danga Bay di sini jam 1 pagi Sabtu lalu, sebelum mengugut untuk membunuh dengan membakarnya.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila dibebaskan empat jam kemudian di sebuah ladang sawit di Bukit Batu, Kulaijaya. Kumpulan itu juga merampas telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas milik Julia, semua dianggarkan bernilai RM20,000.

No comments:

Post a Comment