Search This Blog

Friday, September 21, 2012

Video papar pencuri di majlis kahwin dicekup




         
KUALA LUMPUR: Satu adegan video berdurasi 59 saat mengenai seorang wanita ditangkap ketika dipercayai mencuri barangan berharga RM6,000 milik keluarga pengantin dalam satu majlis perkahwinan di Johor dimuat naik dalam YouTube, Selasa lalu.

Rakaman video bertajuk ‘Tertangkap Mencuri Di Rumah Pengantin’ itu memaparkan seorang wanita yang dikatakan mencuri dipegang dengan kasar supaya wajahnya jelas diambil menggunakan telefon bimbit.


Lelaki yang memegang wanita dipercayai warga asing itu mengarahkan sesiapa yang mahu mengambil gambar wanita segera berbuat demikian.

Berdasarkan rakaman itu, wanita terbabit dilihat beberapa kali cuba menutup wajahnya daripada dirakam serta merayu tidak diaibkan.


Rakaman yang dimuat naik Selasa lalu itu sudah ditonton 14,063 orang dengan lebih 100 komen daripada pelayar Internet yang memberi maklum balas negatif termasuk mengutuk perbuatan itu.


Keterangan video itu mengatakan wanita itu ditangkap ketika mencuri ketika keluarga pengantin sibuk melayan tetamu.


Dia dikatakan membawa anak sebagai perisai ke majlis yang berlangsung pada 15 September lalu.


Pengunjung video itu bagaimanapun mengutuk tindakan beberapa lelaki yang dilihat merakam wajah wanita itu secara paksa kerana dilihat cuba mengaibkannya.

No comments:

Post a Comment