Search This Blog

Thursday, September 20, 2012

‘Musang’ maut dalam kereta



Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
         
SEREMBAN: Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Musang’ ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di bahagian tempat duduk belakang sebuah kereta dipercayai dibunuh berhampiran sebuah tokong Cina di Broga, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Saravanan, 22, dari Seremban Selatan ditemui cedera parah di beberapa bahagian badan dalam Perodua Alza putih.


Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul berdasarkan kesan kecederaan pada beberapa bahagian badannya. “Hasil pemeriksaan mendapati, sebelum kejadian berlaku, empat rakan mangsa menerima satu panggilan daripada seorang lelaki mengatakan mangsa berada di kawasan tokong itu.

“Empat lelaki berkenaan kemudian bergegas ke lokasi itu sebelum dikejutkan dengan penemuan mangsa yang berlumuran darah di tempat duduk belakang kereta,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, dua daripada rakan mangsa bertindak menghantar mangsa ke Hospital Kajang sebelum doktor mengesahkan mendiang sudah meninggal dunia. “Kedua-dua rakan mangsa turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya yang mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.


Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7583222 bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment