KOTA BHARU - Seorang doktor wanita terpaksa bergelut hampir 20 minit dengan lelaki yang dipercayai mahu mencuri keretanya di Kampung Demit pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa Ida Zarina Zaini, 38, mengalami kecederaan di kaki kiri dan tangan selepas terjatuh dari keretanya semasa bergelut dengan lelaki itu.        
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Konisioner Azham Othman berkata, mangsa kini ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan susulan.
"Polis masih memburu suspek berusia dalam linkungan 30 tahun yang melarikan kereta wanita itu," kata beliau.