Search This Blog

Thursday, August 2, 2012

Sindiket curi cip tumpas

Abdul Rahim Jaafar (dua dari kanan) menunjukkan litar cip elektronik yang dirampas daripada satu sindiket di Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 1 Ogos - Polis menumpaskan satu sindiket mencuri serta mengedar litar cip elektronik keluaran sebuah kilang multinasional di Seberang Perai Tengah di sini selepas tertangkapnya sembilan suspek.
Sebanyak 33 litar cip elektronik milik kilang terbabit dicuri untuk dijual kepada pelabur asing sebelum ini.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan seorang suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut di Bukit Mertajam.
Menurutnya, lelaki itu membawa polis ke kediamannya yang menjadi tempat menyimpan litar cip dan menjumpai dua litar cip elektronik milik kilang yang dicuri.

No comments:

Post a Comment