Search This Blog

Friday, August 10, 2012

Samun waktu sahur




         
KUANTAN: Dua sahabat yang baru selesai menikmati hidangan sahur terpaksa menempuh pengalaman menakutkan apabila kedai serbaneka 24 jam tempat mereka bekerja diceroboh empat penyamun bersenjatakan parang di Bandar Indera Mahkota di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, empat penyamun terbabit yang dipercayai menaiki sebuah kenderaan berhenti berhampiran premis berkenaan sebelum masuk berlagak seperti pelanggan.


Ketika dalam premis, empat penyamun berkenaan dikatakan berpura-pura memilih barang sebelum seorang daripadanya mengeluarkan sebilah parang dan mengacukannya kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mangsa diarah mendiamkan diri sebelum dipaksa menyerahkan wang tunai dan rokok.


Menurutnya, tidak cukup dengan itu, empat penyamun terbabit turut merampas telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta yang diletak berhampiran dengan tempat kejadian.


“Mangsa dan rakannya menghubungi penyelia memaklumkan kejadian berkenaan sebelum membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 6 pagi.

“Polis masih meneruskan siasatan untuk mengetahui jumlah sebenar kerugian dan kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment