Search This Blog

Friday, August 10, 2012

Rakyat Ethiopia didakwa edar daun khat



SEPANG 10 Ogos - Seorang suri rumah warganegara Ethiopia didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar 90 kilogram dadah jenis Cathinone (daun khat) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, minggu lalu.
Muna Muhammad Ibraheem, 36, yang merupakan penduduk tetap Kanada didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 12 tengah hari, 2 Ogos lalu di Pejabat Unit Operasi, Bahagian Import dan Zon Bebas, Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Terminal Utama KLIA.
Cathinone merupakan dadah terkawal di beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat. Ia tersenarai di bawah Jadual Pertama Konvensyen Bahan-Bahan Psikotropik 1993.
Tiada pengakuan dicatatkan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhelmy Hassan yang bertindak selaku majistret dalam kes itu. Dia dilarang jamin.
Mahkamah menetapkan 16 Oktober depan untuk sebutan kes bagi membolehkan laporan kimia disediakan. Suami tertuduh hadir bersama seorang rakan bagi mengikuti prosiding pendakwaan terhadap isterinya.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kastam, Afidah Nor Ariffin manakala Muna diwakili oleh peguam-peguam Zaflee Pakwanteh dan Emrad Juandi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment