Search This Blog

Thursday, August 9, 2012

Polis siasat ugut bunuh di Twitter


NEW YORK: Polis bandar raya ini semalam berkata, mereka mahu memaksa Twitter mendedahkan siapa yang menulis ancaman di rangkaian laman sesawang itu untuk membunuh pengunjung panggung wayang dalam tindakan untuk meniru kejadian berdarah baru-baru ini disebuah panggung di Colorado.
“Saya patut tembak saja panggung wayang ini di New York,” seseorang menulis. “Saya serius, orang ramai akan mati seperti Aurora,” tulis yang lain manakala yang ketiga mengancam “pembunuhan besar-besaran yang sebenar”. Selepas kejadian pembunuhan bulan lalu ketika tayangan filem terbaru Batman di Aurora, Colorado yang membunuh 12 orang dan mencederakan 58 yang lain serta tembakan terhadap enam orang di kuil Sikh di Wisconsin Ahad lalu, polis di New York mempertingkatkan tahap berjaga-jaga. Ketua jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), Paul Browne berkata, penulisan di Twitter itu dikesan polis akhir minggu lalu dan diberi perhatian kerana mereka secara khusus menyebut panggung Longacre di Manhattan. Bekas juara peninju, Mike Tyson kini sedang membuat persembahan di lokasi itu.

“Anda telah mengalami dua kejadian tembakan secara besar-besaran dalam tempoh yang singkat,” katanya di radio WCBS 880.
“Kami berdepan dengan seseorang yang mengancam serangan sama di New York: kami mahu tahu siapa orang itu,” katanya.

Browne berkata, Twitter enggan memberi polis akses kepada akaun berkenaan dan NYPD masih mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa Twitter mematuhi arahan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment