Search This Blog

Friday, August 10, 2012

Polis selesai siasat suspek utama




         
SHAH ALAM: Polis sudah menyelesaikan siasatan ke atas suspek utama kes pembunuhan eksekutif TV9, Nur Syaleza Jaffar dan dirujuk kepada pendakwa raya petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya kini menunggu arahan daripada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya. “Setakat ini, suami mangsa dipercayai menjadi suspek utama sudah disiasat secara terperinci. Kami akan melakukan siasatan dari semua aspek, tapi polis akan memberi tumpuan lebih kepada jenis kesalahan yang sudah diklasifikasikan iaitu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


Beliau berkata, sehingga semalam polis sudah mengambil keterangan 23 individu terdiri daripada ahli keluarga, rakan sekerja serta jiran bagi membantu siasatan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Nur Syaleza ditemui mati di rumahnya di Damansara Damai pada 28 Julai lalu selepas ditemui suaminya dalam sebuah bilik di kediaman pasangan itu pada jam 7 malam.


Namun, hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian wanita itu bukan disebabkan mati mengejut sebaliknya dipercayai kerana tidak boleh bernafas akibat lehernya dijerut.


Susulan itu, polis menahan suaminya yang berusia 31 tahun di Segamat, Johor sejurus selepas pengebumian Nur Syaleza.

No comments:

Post a Comment