Search This Blog

Friday, August 10, 2012

Maut gantung diri


Maut gantung diri
Polis mengangkat mayat mangsa untuk
dibawa ke Jabatan Forensik HRPB.
IPOH - Seorang lelaki warga India ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik sewa rakannya di tingkat atas sebuah rumah kedai di Tasek, malam kelmarin.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Palani, 28, dari Tamil Nadu, Selatan India dipercayai menumpang di bilik sewa rakannya selepas dipercayai tiba di Ipoh dari Kuala Lumpur kira-kira tiga hari lalu.

Difahamkan mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan bercadang untuk mencarinya dalam masa terdekat.

Dipercayai ketika kejadian, mangsa tinggal berseorangan di bilik itu dan kematiannya hanya disedari apabila rakannya pulang ke bilik sewa dan melihat mangsa dalam keadaan tergantung di siling menggunakan tali nilon.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 9 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

Menurutnya, setakat ini identiti sebenar mangsa masih disiasat dan difahamkan mangsa adalah warga India.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa maut akibat jerutan kuat daripada tali nilon yang digunakan mereka untuk menggantung diri di siling bilik sewa tersebut.

“Kami akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

No comments:

Post a Comment