Search This Blog

Friday, August 10, 2012

Ditipu RM34,000



Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi@hmetro.com.my
         
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon sambilan kerugian lebih RM34,000 selepas tertipu dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah serta sedang diburu polis.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Dinesh berkata, dia mendapat panggilan daripada lelaki berkenaan kira-kira jam 7.30 malam pada 2 Julai lalu ketika berada di Jalan Ampang.


Menurutnya, lelaki berkenaan memperkenalkan diri sebagai Sarjan Solomon dari Bukit Aman dan memintanya berjumpa berdekatan Ampang dengan dakwaan dia terbabit dalam satu kes jenayah.

“Saya yang yakin tidak terbabit dengan kegiatan jenayah pada mulanya enggan berjumpa, namun akibat risau, saya berjumpa juga dengan lelaki itu di kawasan Ampang. Sebaik tiba, saya mendapati lelaki itu berdiri di sebelah sebuah kereta peronda polis yang diletakkan di kawasan berkenaan menyebabkan saya yakin bahawa lelaki terbabit adalah anggota polis,” katanya kepada Harian Metro, semalam.


Beliau berkata, lelaki itu mendakwa dia terbabit dalam satu kes jenayah dan kini polis sedang memburunya. Lelaki itu turut meminta bayaran RM80,000 untuk menyelesaikan kesnya itu.


Katanya, akibat panik, dia berjanji untuk membayar jumlah berkenaan dan sejak hari kejadian, dia sudah membayar RM34,000 daripada RM50,000 yang diminta ke dalam akaun lelaki berkenaan, namun lelaki itu enggan menunjukkan sebarang bukti yang dia sedang diburu polis.


“Lelaki berkenaan turut mengugut saya untuk menyerahkan semua slip deposit tunai yang dibuat dan meminta saya membayar baki yang dijanjikan untuk menyelesaikan kes saya.


“Saya juga diarahkan untuk berjumpa dengannya bagi menyerahkan baki wang itu. Akibat takut saya enggan berjumpa dengannya dan belum membayar baki keseluruhan untuk selesaikan kes terbabit,” katanya.

Menurutnya, selepas yakin dirinya tertipu dengan lelaki yang menyamar sebagai polis itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Asisten Komisioner Izhany Abdul Ghani ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment