Search This Blog

Friday, August 10, 2012

Banjir: Filipina rayu bantuan




         
MANILA: Pihak berkuasa Filipna merayu bantuan untuk dua juta rakyatnya yang terbabit dalam banjir besar di sekitar Manila dan berkata, pusat pemindahan kini sesak.

Hujan lebat yang turun dalam tempoh 48 jam, bersamaan dengan jumlah hujan sebulan, menyebabkan semua daerah tenggelam, walaupun sungai yang melimpah kini mula surut.
Paras air yang sebelum ini mencecah hingga ke leher, kini surut ke paras lutut.

Perkhidmatan Cuaca Negara juga menarik balik amaran hujan yang dikeluarkan semalam di bandar yang mempunyai 15 juta penduduk itu.


Ketua Bencana berkata, tumpuan utama mereka kini membantu 1.95 juta mangsa banjir, di mana kebanyakan daripada mereka mencari perlindungan di pusat pemindahan untuk mendapat bekalan makanan, ubat dan pakaian.


Setiausaha Kebajikan Sosial, Corazon Soliman berkata, “Kami membungkus banyak bantuan dan kami juga memerlukan bantuan dan sukarelawan.”

Katanya, “Kami terima banyak bekalan makanan tetapi kami perlu membungkus, menghantar dan mengedarkannya dalam operasi besar-besaran.”

Soliman berkata, kebanyakan pusat pemindahan tidak mampu memberikan makanan panas yang diperlukan kerana mangsa terlalu ramai.

“Kebanyakan unit kerajaan membuka dapur masyarakat tetapi jumlah mangsa terlalu ramai. Kami juga merayu untuk mendapatkan lebih banyak ubat, selimut, tikar dan yang penting sekali pakaian kering,” katanya.

Menurut Majils Pengurusan Bencana, jumlah mangsa yang mencari perlindungan di gimnasium dan bangunan lain yang dijadikan pusat perlindungan meningkat ke 293,000 semalam berbanding 150,000, kelmarin. - Manila Times

No comments:

Post a Comment