Search This Blog

Friday, August 10, 2012

8 pengutip derma ditahan



SIASAT...penguat kuasa Jais menyoal seorang pengutip derma (kiri), semalam.
SIASAT...penguat kuasa Jais menyoal seorang pengutip derma (kiri), semalam.
SHAH ALAM: Lapan orang yang menggunakan nama pusat tahfiz dan madrasah sebagai modal untuk mengutip derma tanpa kebenaran pihak berkuasa agama ditahan dalam operasi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sekitar bandar raya ini dan Petaling Jaya, semalam.
Mereka membabitkan enam wanita dan dua lelaki berusia 16 hingga 50 tahun itu ditahan ketika sibuk meminta derma.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jais, Hardi Mohamad Sadali berkata, operasi mencari pengutip derma itu bermula kira-kira jam 12 tengah hari membabitkan 15 penguat kuasa Jais.

“Tiga daripadanya ialah warga asing iaitu dua warga Indonesia dan seorang warga Thailand,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, semalam.

Hardi berkata, pihaknya membuat intipan selama sebulan bagi mengesan aktiviti peminta derma terbabit.

“Mereka menggunakan nama pusat tahfiz dan madrasah sebagai modal untuk mengutip derma.


“Mana-mana pihak atau individu yang hendak mengutip derma perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais),” katanya.

Hardi menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memberi sumbangan wang tunai kepada peminta derma terbabit kerana dibimbangi tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya.

“Kita juga tidak membenarkan mereka melakukan kegiatan itu di tempat-tempat awam seperti di bank dan stesen minyak“ katanya.

No comments:

Post a Comment