Search This Blog

Friday, August 10, 2012

18 ahli sindiket dadah antarabangsa ditahan




         
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi warga Iran dengan tertangkapnya beberapa suspek dalam tiga serbuan secara serentak di lokasi berasingan, pagi semalam.

Dalam serbuan jam 10 pagi itu, polis melakukan tiga serbuan di Cyberjaya, Manjalara, Kepong dan Mont Kiara serta berjaya merampas sejumlah dadah dipercayai jenis syabu yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.


Menurut sumber, seramai 18 suspek yang sebahagian besarnya warga Iran yang dipercayai golongan profesional dalam membuat dadah jenis syabu turut ditahan.

“Dua kanak-kanak dan seorang bayi yang dipercayai anak kepada satu pasangan warga Iran yang ditahan turut berada dalam sebuah kediaman di Kepong ketika diserbu.


“Beberapa warga tempatan turut ditahan dan serbuan turut menemui makmal pemprosesan syabu di sebuah unit kondominium mewah di Jalan Kiara 3, Mont Kiara serta merampas beberapa kenderaan milik suspek,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, polis percaya sindiket terbabit menjadikan sebuah premis di Cyberjaya sebagai markas utama untuk aktiviti pembungkusan dan pengedaran sama ada untuk pasaran tempatan atau luar negara.

“Sindiket dikesan menggunakan modus operandi dengan menyembunyikan dadah dalam roda besi yang dikimpal dengan rapi,” katanya.

No comments:

Post a Comment