Search This Blog

Monday, July 2, 2012

Tinggal sehelai sepinggang

Tinggal sehelai sepinggang:



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa saki baki kebakaran rumah penanam sayur di Kampung Pengkalan Baru, Bachok, semalam. - UTUSAN/TOREK SULONG



BACHOK 1 Julai - Sepasang suami isteri yang merupakan petani tinggal sehelai sepinggang setelah rumah papan milik mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pengkalan Baru, dekat sini petang semalam.


Kebakaran berlaku kira-kira pukul 5.35 petang ketika mangsa, Asiah Mohd. Nor, 57, dan suaminya, Ismail Yaakob, 62, sedang menyemai benih cili berhampiran rumah mereka.


Asiah berkata, kebakaran itu disedarinya setelah seorang jiran menjerit memberitahu rumahnya terbakar.


"Jiran saya menjerit memaklumkan api sedang marak di bumbung rumah.


"Kami baru sahaja pulang dari kedai perkakasan rumah di Bachok untuk mendapatkan keperluan binaan membaiki sebahagian rumah ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

No comments:

Post a Comment