Search This Blog

Wednesday, July 11, 2012

Sekolah pelajar bunuh diri terima ancaman bom

myMetro | Sekolah pelajar bunuh diri terima ancaman bom:

TOKYO: Tindakan pelajar berusia 13 tahun yang membunuh diri di tengah Jepun mencetuskan beberapa siri ancaman bom terhadap sekolahnya dan kerajaan tempatan kerana didakwa cuai dalam kes itu.
Kematian pelajar itu menjadi skandal kebangsaan selepas laporan mendakwa pembuli sering kali memaksanya ‘berlatih’ membunuh diri sebelum dia benar-benar melakukannya sementara gurunya dikatakan menganggap penderaan itu sebagai gurauan.

Surat yang dihantar ke sekolah budak itu di wilayah Shiga mengancam untuk meletupkan sekolah berkenaan kecuali pelajar dan guru terbabit meminta maaf kata pihak berkuasa tempatan.
“Pihak sekolah melaporkan kepada polis selepas menerima ancaman itu,” kata jurucakap polis tempatan.

Ancaman lain termasuk mengebom bangunan kerajaan tempatan, sebuah pejabat pelajaran dan juga jabatan polis.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ancaman itu dibuat oleh orang yang sama.
Kematiannya mendapat perhatian di seluruh Jepun selepas laporan menyatatan sekolah itu menjalankan kajian yang mendedahkan dia seringkali didera oleh pembuli. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment