Search This Blog

Friday, July 13, 2012

Penganggur mengaku bersalah curi dalam masjid

KOTA BHARU - Seorang penganggur yang cuba mencuri tabung dalam sebuah masjid di Bachok Isnin lalu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan tersebut.

Selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa tertuduh, Mat Hussain Ghazali, 45, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di depan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik. Menurut pertuduhan, Mat Hussain didakwa cuba mencuri tabung dalam Masjid Kampung Budi, Tawang, Bachok dengan menanggalkan skru berpateri tabung tersebut pada dinding dalam masjid berkenaan, pada jam 7.10 pagi 9 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan semalam dikendalikan oleh pegawai pendakwa Asisten Superintendan Mohd Yazid Yahya manakala tertuduh dari Kampung sador, Tawang, tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 ke atas tertuduh dan 8 Ogos ini untuk sebutan kes.

No comments:

Post a Comment