Search This Blog

Monday, July 2, 2012

Pembantu gabenor mati ditembak dua lelaki


MANILA: Seorang pembantu kepada gabenor di negara ini yang berdepan cabaran dengan suku Islam yang berkuasa hingga mencetuskan pembunuhan secara besar-besaran yang terburuk telah ditembak mati, kata polis semalam.
Polis berkata, mereka sedang menyiasat sama ada kejadian tembakan terhadap Said Salik kelmarin mempunyai kaitan dengan insiden pembunuhan secara besar-besaran pada 2009 yang mengorbankan 57 orang, selepas satu siri pembunuhan yang mensasarkan terhadap saksi kejadian itu.

Salik, 65, bersama cucunya ketika dia ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di selatan negara itu, kata polis.
“Mangsa adalah perunding kepada Gabenor Toto Mangudadatu, kata jurucakap polis daerah, Inspektor Benjamin Mauricio. - Phillippines Inquirer

No comments:

Post a Comment