Search This Blog

Saturday, July 21, 2012

Menangis ketika dibaca tuduhan merogol -

Menangis ketika dibaca tuduhan merogol
Tertuduh mengaku tidak bersalah merogol kekasihnya.
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dakwaan merogol mangsa.

Tertuduh, 19, dipercayai kawan kepada pelajar tingkatan empat yang melahirkan seorang bayi di dalam tandas asrama sebuah sekolah menengah
di sini.

Tertuduh dari Marang, hanya menitiskan air mata sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol itu, dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Bagaimanapun, tertuduh yang juga penganggur itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan
merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun.

Kejadian berlaku di dalam sebuah kereta Proton Satria Neo, di jalan sempit yang dikelilingi semak samun dan kelapa sawit di Kampung Padang Mengkuang, Marang antara jam 8 malam hingga 10.30 malam, 11 Oktober tahun lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah di bawah pertuduhan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Setelah pengakuan tidak bersalahnya direkodkan, Wan Fadhilah menetapkan 4 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh diwakili peguam, Ghazali Ismail.

Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan laporan mengenai seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di bandar raya ini yang ‘kantoi’ beranak dalam tandas asrama, setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) di sini, kononnya akibat senggugut.

Dalam kejadian 3 Julai lalu, remaja berkenaan dikatakan meletakkan bayinya dalam sebuah beg galas, sebelum menyerahkan kepada seorang rakannya tanpa memberitahu isi kandungannya.

Siasatan awal polis mendapati tertuduh mengenali mangsa dan mereka pernah berjumpa beberapa kali serta dipercayai melakukan hubungan seksual sekitar Oktober atau November tahun lepas.

No comments:

Post a Comment