Search This Blog

Wednesday, July 18, 2012

Lelaki lemas ketika cuba selamat anak

KUALA BELAIT: Seorang lelaki berusia 47 tahun lemas dalam satu insiden tragik ketika dia cuba menyelamatkan anak lelakinya yang terperangkap pada pukat tarik di pantai Seria Billionth Barrel Monument, semalam.
Anak lelakinya yang berusia 16 tahun itu terselamat dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Suri Seri Begawan di bandar raya ini. Polis berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.30 pagi.

Mangsa bersama empat yang lain, termasuk anak lelakinya berada di pantai itu untuk memancing dengan menggunakan pukat tarik.
Apabila dia nampak anak lelakinya terperangkap pada pukat tarik itu dan cuba untuk kekal terapung, dia segera bergegas untuk menyelamatkan anaknya.

Bagaimanapun, dia sendiri terperangkap pada pukat tarik itu sebelum lemas. Dia segera dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba. - Brunei Times

No comments:

Post a Comment