Search This Blog

Sunday, July 15, 2012

Kejutan pulang makan malam

TAMAN KLANG UTAMA - Sebuah keluarga mendakwa mengalami kerugian besar selepas barangan kemas dan wang tunai termasuk dokumen penting yang disimpan dalam peti besi dilarikan perompak yang memecah masuk kediaman keluarga berkenaan ketika penghuninya tiada di rumah, di Jalan Sungai Puloh, di sini, kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Chan, 70-an, yang juga Pengerusi sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di sini berkata, kejadian hanya disedari sebaik tiba di kediaman selepas semua ahli keluarga keluar makan malam.

Katanya, sebaik tiba di kediaman sekitar jam 7.30 malam, dia dan keluarga terkejut selepas melihat bilik tidur berselerak selain pintu di bahagian belakang juga dipecahkan.

“Saya percaya perompak menyelinap masuk kediaman kami melalui pintu belakang berdasarkan kesan pecah sebelum melarikan peti besi tersebut,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, kereta jenis Toyota Vios milik keluarganya yang diparkir di pekarangan rumah tidak hilang sedangkan kunci kenderaan itu ada di ruang tamu.

“Selain itu beberapa barangan berharga lain seperti laptop juga tidak terusik.

“Saya hairan kenapa hanya peti itu yang dilarikan,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis berhampiran.

Chan berkata, anggaran kerugian keseluruhan tidak dapat dipastikan namun kerugian yang dialami agar besar kerana ia melibatkan wang tunai dan barangan kemas.

No comments:

Post a Comment