Search This Blog

Friday, July 13, 2012

99 ditahan, dadah RM50,000 dirampas


HARUN Idris (kiri) melihat dua buah motosikal curi yang dirampas polis di Tangkak, Ledang, Johor, semalam.
LEDANG 12 Julai - Seramai 99 penagih ditahan di beberapa rumah dan tempat awam sekitar daerah ini sepanjang bulan lalu membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM50,000.
Ketua Polis daerah, Supritendan Harun Idris berkata, mereka yang ditahan di Ledang, Tangkak dan Sungai Mati itu berumur antara 17 hingga 56 tahun termasuk seorang wanita.
"Selain 99 orang ini ditahan atas kesalahan menagih dadah, ada antaranya yang melakukan kesalahan lain contohnya 13 orang daripadanya mengedar dadah secara kecil-kecilan dan tujuh lagi memiliki dadah.
"Antara dadah yang kita rampas adalah heroin seberat 50.87 gram, ganja 1.38 gram, syabu 19.10 gram dan ekstasi 0.9 gram yang semuanya dianggarkan bernilai RM50,000," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang di sini hari ini

No comments:

Post a Comment