Search This Blog

Monday, July 2, 2012

5 penyamun ‘putih mata’ bawa peti besi kosong




         
KUALA SELANGOR: Hajat lima penjenayah menyamun peti besi sebuah restoran makanan segera di Jalan Utama, Bandar Puncak Alam, di sini, tidak kesampaian apabila hanya dapat melarikan mesin simpanan wang kosong, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, lima daripada tiga lelaki bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam restoran itu sebelum mengugut juruwang menyerahkan peti besi itu.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, akibat bimbang dicederakan, juruwang terbabit menyerahkan peti besi hasil jualan restoran itu kepada suspek yang memakai topi keledar.

Bagaimanapun, katanya, berang kerana peti besi berkenaan kosong, penyamun terbabit bertindak memecahkan cermin restoran makanan segera itu sebelum melarikan diri.


“Ketika kejadian, terdapat kira-kira 40 pelanggan makan di restoran berkenaan sebelum datang tiga suspek memakai topi keledar dan bersenjatakan parang yang terus meluru ke arah kaunter.


“Siasatan awal mendapati semua suspek berusia 20-an berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya. Menurutnya, suspek terbabit meminta dua pekerja yang bertugas di kaunter menyerahkan peti wang.


Katanya, berikutan pekerja itu enggan melakukan apa disuruh, suspek melarikan peti wang yang tidak mengandungi wang.


“Selepas menyedari peti itu kosong, suspek yang berang terus memecahkan cermin depan restoran sebelum melarikan diri dengan Proton Satria dipandu rakan suspek yang sedia menunggu di luar restoran berkenaan.

“Bagaimanapun, pelanggan dan pekerja tidak mengalami kecederaan, namun rakaman CCTV itu akan diteliti bagi membantu siasatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment