Search This Blog

Wednesday, July 4, 2012

3 suspek langgan pelacur remaja mengaku salah

SINGAPURA: Tiga suspek yang terbabit dengan tuduhan melanggan khidmat seks di Internet menegaskan mereka akan mengaku bersalah.
Ini perkembangan terbaru dalam kes di mana 48 orang dituduh membayar untuk khidmat seks dengan pelacur bawah umur.

Tiga lelaki terbabit adalah bekas superintendan polis, Tan Wee Kiat, 39; bekas anggota tentera Singapura (SAF), Goh Wee Seong, 34, dan bekas pengarah syarikat kewangan, Ng Guan Mean, 37.
Ng sudah berhenti kerja dan Goh pula digantung oleh SAF. Setakat ini, sembilan lelaki enggan dibicarakan.

Kes itu akan disebut sekali lagi di mahkamah 30 Julai depan apabila Howard Shawa kembali ke mahkamah.

Shaw, 41, bekas Pengarah Eksekutif Majlis Persekitaran Singapura dan juga cucu kepada pengasas Organisasi Shaw, Runme Shaw mengaku bersalah, tetapi peguamnya meminta hukuman lebih ringan. - ST

No comments:

Post a Comment