Search This Blog

Friday, July 13, 2012

2 lagi lelaki mengaku bersalah adakan seks dengan pelacur bawah umur

       
SINGAPURA: Dua lagi lelaki mengaku bersalah kerana menggunakan khidmat pelacur bawah umur dalam kes rangkaian maksiat Internet.

Warga Singapura, Louis Lee Lip Kian, 32 dan Pyi Kyaw Han, 31, mengaku bersalah mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis Singapura di bawah umur 18 tahun ketika kesalahan dilakukan.
Kes mereka ditangguhkan hingga 27 Ogos depan. Kedua-dua defendan dibebaskan atas ikat jamin.

Lee adalah Pengurus Hubungan di sebuah bank, manakala Pyi adalah pengarah sebuah syarikat sekuriti.


Mereka akan dijatuhkan hukuman selepas keputusan dibuat di atas kes Howard Shaw.


Peguam Shaw, Peguam Kanan Harpreet Singh Nehal, meminta anak guamnya untuk dilepaskan dengan denda, tanpa hukuman penjara.

Keputusan kes Shaw mungkin dapat membantu peguam lain membuat keputusan mengambil tindakan yang sesuai untuk mereka yang terlibat dalam kes ini.

Selain Shaw, tiga lelaki lain turut mengaku bersalah atas tuduhan yang sama: Chiang Meng Chuan, 32, warga Indonesia, Wilson Oei, 25, dan bekas pengetua Sekolah Awam Pei Chun, Lee Lip Hong, 39. - Straits Times

No comments:

Post a Comment