Search This Blog

Wednesday, June 6, 2012

Wanita Jepun ditemui mati dalam keadaan ngeri di bilik air

myMetro | Wanita Jepun ditemui mati dalam keadaan ngeri di bilik air: "JAKARTA: Seorang wanita Jepun, dikatakan kakitangan Kedutaan Jepun di Jakarta, ditemui mati di rumahnya di Pulogadung, Jakarta Timur, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Setsuko Iwata, 65, ditemui oleh jirannya di bilik air, kira-kira jam 5.30 petang dalam “keadaan teruk” dengan kakinya diikat di rel langsir mandi dan mulutnya ditutup pita pelekat.
Mayatnya dibawa ke Hospital Cipto Mangunkusumo untuk bedah siasat.

Pihak polis yang masih menyiasat kes itu berkata, kemungkinan besar Setsuko dibunuh.


Setsuko tinggal sendirian. Dia berkahwin dengan lelaki Bali, Made Oka yang meninggal dunia beberapa tahun lalu.


Pasangan itu mempunyai seorang anak, Odiana, yang tinggal di Surakarta, Jawa Tengah.

Kedutaan Jepun di Jakarta belum mengesahkan sama ada Setsuko adalah kakitangan mereka. - Tribunnews.com"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment