Search This Blog

Thursday, June 7, 2012

Suami Gloria didakwa terbabit rasuah jual helikopter

myMetro | Suami Gloria didakwa terbabit rasuah jual helikopter:

MANILA: Suami kepada bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo, Jose Miguel “Mike” Arroyo didakwa secara rasmi terbabit dengan rasuah berhubung dengan penjualan helikopter terpakai yang dikatakan sebagai baru kepada Polis Kebangsaan Filipina.
Mike, bekas Ketua PNP, Jesus Verzosa dan 18 pegawai polis dituduh oleh badan rasmi Ombudsman di mahkamah Sandiganbayan, semalam.

Menurut Ombudsman, ia mendapati Mike, Verzosa dan 18 pegawai polis itu menyebabkan kerajaan mengalami kerugian berhubung dengan penjualan helikopter terpakai yang didakwa sebagai baru kepada PNP pada 2009. Lionair menjual helikopter berkenaan kepada PNP melalui pembekal bertauliah, Syarikat Pengeluar Aerospace Manila yang didakwa atas arahan Mike. - Manila Times

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment