Search This Blog

Wednesday, June 6, 2012

‘Psiko Kanada’ ditangkap

myMetro | ‘Psiko Kanada’ ditangkap:


BERLIN: Polis di Berlin semalam, menahan suspek bintang porno yang memotong tubuh pelajar China dan merakamkan pembunuhan ngeri itu, dan menandakan berakhirnya pemburuan besar-besaran lelaki yang digelar “Psiko Kanada” itu.


Jurucakap Polis berkata, Luka Rocco Magnotta, 29, tidak melawan ketika ditahan di kafe internet di Neukoelln, daerah kelas pekerja di ibu negara Jerman dan hanya berkata, “Anda dapat tangkap saya.” 


Pihak berkuasa Kanada berkata, mereka meneliti dokumen yang diperlukan untuk proses ekstradisi dari Jerman, selepas beberapa hari pemburuan global yang bermula di Montreal kemudian ke Paris, sebelum berakhir di Berlin.

Jurucakap Polis Jerman berkata, “Saya boleh mengesahkan, lelaki yang ditangkap adalah orang dikehendaki bernama Magnotta.”







“Pada jam 1.30 petang, seorang saksi memberhentikan kereta polis di Karl Marx Strasse dan berkata dia mengecam seorang penjenayah di kafe internet. Pegawai polis terus ke kafe itu,” katanya.





Katanya, mereka tidak mempunyai masalah untuk menangkap suspek.

“Ia berakhir dengan pantas,” katanya.

Interpol telah mengeluarkan Notis Merah amaran orang dikehendaki bagi Magnotta, juga dikenali sebagai Eric Clinton Newman dan Vladimir Romanov, kepada 190 negara anggotanya, selepas video dikatakan menunjukkan pembunuhan ngeri itu dilihat di Internet.

Dalam video itu, di mana polis Kanada dilaporkan berkata, menunjukkan jenayah dilakukan, seorang lelaki menikam seorang lelaki lain berkali-kali dengan alat pemecah ais dan memotong tubuh mangsanya dengan lagu latar daripada filem “American Psycho”. - AFP


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment