Search This Blog

Thursday, June 21, 2012

Polis Kuala Lumpur buru 17 individu

pix_gal0
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur memburu 17 individu bagi membantu siasatan berhubung pelbagai kes jenayah sekitar ibu negara termasuk bunuh, culik, samun bersenjata api dan samun kereta. 

Gambar semua individu itu disiarkan mulai semalam di laman sosial Facebook Polis Kuala Lumpur.
Antara individu paling dikehendaki ialah Jang Yen Jian, 24, suspek utama kes culik Nayati Shamelin Moodliar, kanak-kanak warga Belanda berusia 12 tahun yang diculik di Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di sini, 27 April lalu.
Pegawai Perhubungan Awam Polis Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Zuraidah Samsudin, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur meminta kerjasama orang ramai mengesan 17 individu itu yang disyaki terbabit pelbagai kes jenayah berat. 

“Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan individu terbabit boleh menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau Deputi Superintendan Glenn Sinnappah di 017-7150545,” katanya semalam. 

Semua individu itu kebanyakannya beralamat di Kuala Lumpur dan Selangor, selain masing-masing seorang dari Kelantan, Johor dan Perak. 

Turut dikehendaki ialah M Indran, 26; K Mahendran, 28; Ngai Chan Hong, 33; Lee Yun Kong, 57; Lee Kok Wah, 33; T Krishnamurthi, 24; K Jagadeswaran, 28; T Prabhakaran, 20; G Thavaselvan, 24 dan S Bibabu, 39, yang semuanya beralamat di Selangor. 
Turut diburu Idris Abd Mahat, 42; Muhamad Sharil Abdul Hadi, 23; Muslim Khahrsani Salbi, 38; yang semuanya berasal sekitar ibu negara. 

Tiga lagi individu ialah Lau Wai Wah, 34, dari Perak; Md Zamreey Che Pa, 35, dari Kelantan dan S Rajinikanth, 38, beralamat terakhir di Johor Bahru, Johor.

No comments:

Post a Comment