Search This Blog

Tuesday, June 5, 2012

Murid maut kereta bapa rempuh pokok

Murid maut kereta bapa rempuh pokok:






KUANTAN 4 Mei - Seorang murid tahun satu maut manakala bapa dan adik lelakinya cedera selepas kereta yang dipandu bapanya terbabas lalu merempuh pokok palma di Jalan Teluk Sisek menuju ke Teluk Cempedak di sini, semalam.


Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Ridzwan Idris, 7, dari Taman Mutiara di sini, meninggal dunia sejam kemudian semasa menerima rawatan akibat kecederaan parah di dada.


Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, semasa kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Teluk Cempedak di sini.


"Tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Kancil dipandu bapa mangsa yang berusia 42 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak, hilang kawalan lalu bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment