Search This Blog

Tuesday, June 5, 2012

Mayat mangsa buaya ditemui

Mayat mangsa buaya ditemui:


BETONG 4 Jun - Mayat seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai menjadi mangsa serangan buaya ditemui di tebing Sungai Rimbas, Kampung Hulu Pusa di sini semalam.


Mayat yang hampir reput dan hilang sebelah tangan kiri itu ditemui oleh penduduk kampung pukul 1.55 petang.


Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Sarifuddin Mustafa berkata, siasatan awal polis tidak menemui kesan berkaitan jenayah.


"Mangsa ditemui dalam keadaan terapung berdekatan tebing sungai dan mereka memaklumkan penemuan itu kepada polis.


"Pemeriksaan menemui kesan-kesan dipercayai akibat gigitan buaya," katanya yang ditemui di sini.


Mengulas lanjut, Sarifuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Betong untuk tujuan bedah siasat.


Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Dolhan Chek di 083-465137 bagi tujuan pengecaman.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment