Search This Blog

Thursday, June 7, 2012

Lelaki Myanmar maut dikelar rakan senegara

Lelaki Myanmar maut dikelar rakan senegara - Semasa - Sinar Harian:


GURUN - Seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an ditemui mati dengan kesan kelar di leher dipercayai akibat bergaduh dengan rakan senegaranya di Taman Utama dekat sini petang tadi.

Mayat mangsa yang identitinya belum dikenal pasti ditemui oleh seorang penyelia tapak pembinaan kira-kira pukul 3.20 petang tadi.


Turut ditemui berhampiran mayat ialah tangan kanan dipercayai milik suspek yang putus dalam pergaduhan berkenaan.


Suspek yang cedera parah ditemui orang ramai tidak jauh dari tempat kejadian dan  dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian, dan berkata siasatan awal mendapati suspek serta mangsa baru sembilan hari masuk ke negara ini untuk bekerja di sektor pembinaan di sini.

Katanya pergaduhan antara kedua-dua warga Myanmar itu bermula dengan pergaduhan antara dua kumpulan pekerja asing kira-kira pukul 11.30 malam tadi di sebuah tapak pembinaan perumahan, diikuti pergaduhan susulan antara kedua-dua mereka.


Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca sebenar pergaduhan tersebut serta kaitan antara suspek dan mangsa.


Polis juga mendapati mangsa dan suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke negara ini, katanya. - Bernama


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment