Search This Blog

Tuesday, June 5, 2012

Jumlah muflis pada usia muda bakal meningkat



KUALA LUMPUR 3 Jun - Bilangan individu muflis pada usia muda di negara ini dibimbangi meningkat sekiranya golongan tersebut tidak dapat mengawal diri ketika berbelanja di Internet.
Justeru Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Laily Paim mengingatkan golongan tersebut perlu berhati-hati semasa berbelanja secara online atau dalam talian jika tidak mahu terjebak di dalam amalan berhutang.
Jelasnya, jika dilihat trend berbelanja golongan muda terutamanya di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pada masa kini, mereka seolah-olah tidak teragak-agak untuk berhabis wang demi memenuhi keinginan semata-mata.
"Jika ada di antara mereka yang sanggup berbelanja sehingga belasan ribu ringgit untuk perkara yang tidak berkaitan akademik, ia bukanlah petanda positif. (Sebaliknya) ada unsur-unsur tidak dapat mengawal diri dalam berbelanja ditunjukkan.
"Nasihat diberikan ibu bapa juga seakan-akan tidak berkesan dan kemungkinan mereka boleh terjebak dalam amalan berhutang pada masa hadapan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment