Search This Blog

Thursday, June 14, 2012

‘Ibu nak Lina pulang’

KUALA LUMPUR: “Ibu takkan marah dan hanya mahu Lina pulang ke rumah kerana ibu sangat rindukan Lina,” rayu Ernita Taid, 37, ibu pelajar perempuan tingkatan lima yang menghilangkan diri dari rumahnya di Gombak Setia, dekat sini, Sabtu lalu.
Kata Ernita, anaknya, Erlina Mohd Nazir, 17, yang mesra dengan panggilan Lina dipercayai bertindak demikian kerana merajuk selepas dia tidak mahu menyediakan kuih untuk diberikan kepada guru sekolah remaja terbabit.

“Pada hari kejadian, Lina memberitahu dia mahu menghantar kuih ke rumah seorang guru di Batu Tiga dan meminta saya menyediakannya. Bagaimanapun, saya memberitahunya hanya akan menyediakan kuih pada Isnin sebelum dia ke sekolah,” katanya.
Menurutnya, anak sulung daripada dua beradik itu keluar dari rumah tanpa pengetahuannya dan ahli keluarga lain ketika dia menyediakan makanan untuk gerainya di dapur.

“Saya hanya menyedari Lina tiada di rumah pada tengah hari sebelum menghubungi telefon bimbitnya dan diberitahu dia dalam perjalanan ke rumah gurunya. “Itu kali terakhir saya menghubunginya kerana dia menutup telefon bimbitnya sehingga hari ini,” katanya, kelmarin.

Ernita berkata, dia bersama suami serta ahli keluarga lain mencari anaknya di sekitar Gombak selain berjumpa beberapa rakan sekolah remaja itu.
“Pihak sekolah memberitahu tiada guru yang menetap di Batu Tiga dan rakan sekelas Lina juga tidak mengetahui di mana dia berada. Saya percaya dia memberi alasan ke rumah gurunya kerana mahu keluar berjalan-jalan,” katanya.

Katanya, anaknya pernah memberitahu rakannya dia mempunyai dua teman lelakinya menetap di Subang Jaya dan Sungai Penchala yang dikenali menerusi laman sosial facebook, namun tidak pasti jika dia lari rumah mengikut lelaki terbabit.
“Lina seorang yang peramah dan saya sentiasa memantau pergerakannya kerana tidak mahu dia terjebak dalam masalah sosial. Saya mendapati tiga helai baju hilang daripada almarinya ketika hari kejadian,” katanya.

Katanya, dia sentiasa bersedih sejak kehilangan anaknya dan anak bongsu, Mohd Aiman, 7, juga sering bertanyakan kakaknya setiap hari kerana sangat merinduinya.

Ernita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya menghubungi 013-2309398 atau 016-3513387.

No comments:

Post a Comment