Search This Blog

Thursday, June 7, 2012

Drebar, kelindan nyaris maut kenderaan terbalik

myMetro | Drebar, kelindan nyaris maut kenderaan terbalik:

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori dan kelindannya nyaris maut apabila lori dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik melintang jalan di Lebuhraya Guthrie menghala Sungai Buloh bersebelahan loji percetakan The New Straits Times Press (NSTP) di Bukit Jelutong, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, pemandu lori yang membawa kain berkenaan hilang kawalan ketika mahu mengelak kereta yang berada di hadapannya yang membrek secara tiba-tiba.

Pemandu terbabit yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia bersama dua lagi pembantunya dalam perjalanan dari Shah Alam ke Subang untuk menghantar kain kepada pelanggan.
“Saya memandu dengan kelajuan 60 kilometer (km), tetapi apabila cuba mengelak melanggar kereta di hadapan yang membrek secara mengejut, saya terpaksa memusingkan stereng hingga menyebabkan lori terbalik,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, dia berasa sedikit terkilan kerana pemandu yang berada di hadapannya melarikan diri tanpa berhenti.

“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya tidak sempat untuk melihat plat nombor kereta terbabit.
“Namun, saya bersyukur kerana kami bertiga hanya cedera ringan di kaki dan luka di tangan,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment