Search This Blog

Thursday, June 7, 2012

Doktor suruh buang mata

myMetro | Doktor suruh buang mata:

GEORGETOWN: “Doktor beri tempoh untuk saya memberi jawapan secepat mungkin untuk membuang mata kiri kerana dikhuatiri menyebabkan jangkitan kuman yang boleh membutakan kedua-dua mata,” kata Muhammad Subhi Husain, 38, yang menjadi mangsa pembuli jalan raya kerana dia didakwa menghalang laluan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di Bayan Lepas, Selasa minggu lalu.
Menurut Muhammad Subhi, kejadian itu membuatkan dia menderita seumur hidup apabila mata kirinya buta dan besar kemungkinan kedua-dua pancainderanya itu langsung tidak boleh digunakan jika dia tidak membuang mata kirinya itu. 
“Saya diberi nasihat oleh doktor supaya membuang mata kiri kerana dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan kuman yang boleh merebak ke mata kanan dan risikonya akan membuatkan saya buta kedua-dua mata dan doktor memberikan tempoh minggu ini untuk saya berfikir.

“Setakat ini, saya masih buntu memikirkannya dan akan berbincang dengan isteri serta keluarga, jika itu keputusan terbaik saya rela membuang mata kiri,” katanya ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), semalam.

Menceritakan kembali kejadian itu, Muhammad Subhi yang bekerja sebagai pemandu treler berkata, dia ketika itu baru selesai menghantar treler ke pejabatnya di Batu Maung dan mengambil kereta untuk pulang ke Kulim, Kedah

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment