Search This Blog

Saturday, June 23, 2012

Cubaan perompak larikan mesin ATM gagal

BANGKOK: Kumpulan perompak menarik sebuah mesin teler automatik daripada dinding sebuah bank di Chon Buri menggunakan tali yang diikat di kereta awal pagi, kelmarin.
Bagaimanapun, mereka melarikan diri dengan tangan kosong apabila jiran tetangga yang dikejutkan dengan bunyi bising meninjau apa yang berlaku.

Pegawai bertugas di balai polis Laem Chabang di daerah Si Racha, Kapten Chamnarn Korkerd berkata, dia dihubungi penduduk mengenai percubaan mencuri mesin ATM di cawangan bank Ayudhya’s Laem Chabang di Jalan Sukhumvit, dekat Pattaya kira-kira jam 4 pagi.
Polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mesin ATM yang mengandungi empat juta baht (RM402,267) terdampar di atas jalan raya. Tali diikat di sekeliling mesin itu. - BP

No comments:

Post a Comment