Search This Blog

Thursday, June 21, 2012

Bergelut 10 minit selamat isteri

EMBOL Asum menutup wajah isterinya Siah Munsong ketika menaiki perahu panjang untuk membawa balik mayat ke Rumah Panjang Sungai Anak di Pangkala Roban, Saratok, Sarawak, semalam. - UTUSAN/amir hafiz abd rahman
SARATOK 20 Jun - Seorang suami sanggup bertarung nyawa apabila bergelut dengan seekor buaya demi menyelamatkan isterinya semasa wanita itu dibaham reptilia sepanjang lima meter tersebut di Kuala Sungai Anak, Roban, semalam.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang di pangkalan perahu Rumah Panjang Nanga Sungai Anak di sini, Embol Asum, 48, memeluk leher reptilia itu selama 10 minit dan cuba membuka rahang haiwan tersebut sebagai ikhtiar terakhir supaya isterinya, Siah Munsong, 42, dilepaskan.
Pada masa sama, empat penduduk kampung turut membantu menarik badan Siah yang digigit pada bahagian betis dan paha.

No comments:

Post a Comment