Search This Blog

Thursday, June 7, 2012

27 kenderaan rentung

myMetro | 27 kenderaan rentung: "KUALA LUMPUR: Kira-kira 27 kenderaan termasuk deretan kereta mewah hangus sama sekali dalam kebakaran sebuah bengkel membaiki kereta dan tiga rumah papan di Jalan Usahawan, Setapak, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, 10 pekerja bengkel yang sedang tidur sempat menyelamatkan diri sebelum menghubungi bomba yang tiba lima minit kemudian.
Kebakaran dipercayai bermula dari rumah pekerja di bahagian tengah premis berkenaan sebelum merebak ke bengkel menyebabkan kerugian dianggarkan RM1 juta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar berkata, empat jentera bomba dari Balai Bomba Setapak, Balai Jelatek, Balai Bomba Chow Kit dan Balai Bomba Hang Tuah dengan 26 anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.


Katanya, api yang marak bagaimanapun dapat dipadamkan setengah jam kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih lagi disiasat. "

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment