Search This Blog

Tuesday, June 5, 2012

153 korban nahas pesawat

myMetro | 153 korban nahas pesawat:

LAGOS: Nigeria memulakan upacara perkabungan selama tiga hari semalam selepas sebuah pesawat yang membawa 153 orang merempuh kawasan penempatan penduduk di bandar raya terbesar di negara ini dengan semua yang berada di atas pesawat dikhuatiri maut.
Pesawat itu yang terbang ke Lagos dari ibu negara Nigeria, Abuja, merosakkan bangunan dan mengakibatkan kebakaran di kawasan kejiranan masyarakat miskin yang padat penduduk.

Beberapa orang dipercayai terbunuh akibat rempuhan pesawat itu, kata pegawai kecemasan, manakala 10 mayat rentung dipindahkan dari bangunan yang musnah di kawasan terbabit yang dipenuhi dengan serpihan pesawat, termasuk sayap yang patah. Presiden Goodluck Jonathan mengisytiharkan berkabung tiga hari dan meminta siasatan terperinci dilakukan terhadap malapetaka yang berlaku tengah hari kelmarin membabitkan pesawat yang dioperasikan oleh penerbangan domestik Dana Air. Keadaan kelam-kabut tercetus selepas insiden itu dengan petugas penyelamat perlu menangani mangsa yang ramai dan anggota tentera cuba mengendalikan bangunan terbakar dalam usaha mencari mangsa yang terselamat.
Punca pesawat Boeing MD83 terhempas itu belum diketahui, tetapi pegawai kecemasan dan pegawai penerbangan berkata, alat perakam kokpit sudah ditemui dan dan diserahkan kepada polis.

Langit mendung ketika insiden itu, tetapi tiada hujan dilaporkan.

Nigeria mempunyai rekod penerbangan yang agak buruk walaupun Dana Air dianggap sebagai syarikat penerbangan domestik yang selamat dan efisien sejak ia mula beroperasi pada 2008.
Pihak berkuasa mengesahkan tiada mangsa yang selamat dalam pesawat yang ditemui kelmarin itu, tetapi operasi mencari masih diteruskan.

“Kami anggap mereka semua sudah mati,” kata jurucakap Biro Siasatan Kemalangan negara itu, Tunji Oketunbi sambil menambah jumlah tepat angka korban akan dapat diketahui selepas operasi mencari dan menyelamat selesai. Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata, pesawat berkenaan membawa 147 penumpang dan enam kru kabin.
China berkata, enam rakyatnya berada di atas pesawat itu. Asap tebal memenuhi udara dari tempat kejadian dan api dilihat merebak dari bangunan dua tingkat. Pesawat itu merempuh gereja, kedai percetakan dan bangunan penempatan dua tingkat.

“Saya baru keluar dari gereja kira-kira jam 3.30 petang ketika mendengar bunyi yang kuat,” k ata saksi, Tunji Dawodu. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment