Search This Blog

Tuesday, May 1, 2012

Tinggal nota urus pengebumian

myMetro | Tinggal nota urus pengebumian:

KOTA BHARU: Seorang pembantu kedai perabot sempat menulis nota pada sehelai kertas meminta supaya menguruskan pengebumiannya sebelum menggantung diri dalam kejadian di Jalan Gajah Mati, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.45 petang, mayat Tan Boon Poh, 56, ditemui tergantung pada alang bumbung ruang tamu tingkat bawah rumah disewanya oleh rakannya, Sin Lai Soek, 53, sebaik pulang dari kerja.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Difahamkan, mangsa dipercayai menggantung diri akibat tertekan dengan keadaannya yang menghidap penyakit paru-paru sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, dia terkejut menemui rakannya itu dalam keadaan tergantung sebaik membuka pintu rumah. “Saya segera meminta bantuan jiran sebelum menghubungi polis. Sebelum ini, rakan saya yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu mengadu sakit dada beberapa hari sebelum kejadian, namun tak sangka dia menggantung diri,” katanya, kelmarin.

Beliau berkata, dia mengenali Tan ketika menyewa di rumah berkenaan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan mati mengejut.

No comments:

Post a Comment