Search This Blog

Thursday, May 17, 2012

Suri rumah tipu RM1 Juta

Suri rumah tipu RM1 Juta - Perak - Sinar Harian:
IPOH - Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memperdaya seorang ahli perniagaan dalam kes penipuan tender bagi mendapatkan barangan Kastam Diraja Malaysia pada tahun 2009.

Tertuduh, S Kogilah, 42, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Rabiatul Adawiyyah Che Khalid.

Mengikut pertuduhan, Kogilah telah menipu V Ganesan, 47, dengan memperdayanya untuk mempercayai bahawa tertuduh boleh mendapatkan tender bagi barangan kastam berupa 80 ketulan emas yang sebenarnya tidak pernah wujud.

Tertuduh turut mendorong Ganesan menyerahkan wang berjumlah RM1,000,018 di sebuah bank antara 24 Ogos dan 1 Oktober 2009.

Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebatan dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nor Abdurrahim menetapkan jumlah wang ikat jamin sebanyak RM40,000 bagaimanapun peguam tertuduh, Ranjit Singh Sandhu meminta jumlah tersebut dikurangkan kepada RM10,000.

Selepas meneliti permohonan kedua-dua pihak, Rabiatul Adawiyyah menetapkan wang jaminan RM30,000 dengan dua orang penjamin dan menetapkan 1 Jun ini sebagai sebut semula kes.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment