Search This Blog

Tuesday, May 15, 2012

Rampas dadah RM43 juta

myMetro | Rampas dadah RM43 juta:

KUALA LUMPUR: Sindiket pengedaran dadah kini semakin licik dengan kebanyakan tidak lagi menyeludup masuk dadah jenis sintetik ke negara ini, tetapi sebaliknya ‘mengimport’ pakar dari luar negara untuk memproses dan membuat sendiri dadah di dalam negara.
Taktik terbabit dikesan hasil pemantauan dan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyerbu beberapa makmal pemprosesan dadah Eramin 5 di Klang, Selangor dan Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Dalam serbuan pada jam 1 tengah hari itu, 25 suspek ditahan termasuk tiga lelaki warga Taiwan yang juga pakar memproses dadah dengan jumlah rampasan bernilai RM43 juta.
Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sejak kebelakangan ini, trend pengedaran dadah sintetik menjadi tumpuan sindiket kerana mereka mempunyai kepakaran memproses sendiri dadah.

“Sabtu lalu, kami menjalankan 15 serbuan serentak di Klang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta menemui makmal dadah di Pulau Pinang dan makmal utama di Klang.

“Dalam serbuan itu, kami menahan 25 ahli sindiket dadah antarabangsa berusia 24 hingga 60 tahun terdiri daripada 17 lelaki dan dua wanita tempatan serta tiga lelaki warga Taiwan selain tiga lagi lelaki warga Nepal. “Polis juga merampas 282.62 kilogram serbuk dan 88,000 biji pil disyaki Eramin 5 dianggarkan bernilai RM43 juta serta menyita 12 kenderaan termasuk BMW dan Mercedes -Benz selain wang tunai RM82,305,” katanya.
Menurutnya, dalang utama sindiket dadah jenis pil Eramin 5 terbesar ditumpaskan itu turut diberkas dan siasatan awal mendapati mereka mula beroperasi sejak awal tahun ini.

“Kejayaan kali ini juga adalah hasil kerjasama erat dengan pihak berkuasa Taiwan dan suspek direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment