Search This Blog

Tuesday, May 1, 2012

Pesawat tentera Thai terbabas

Kosmo! Online - Dunia:



SEBUAH pesawat Tentera Udara Diraja Thailand terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka semalam.


DHAKA - Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Thailand terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal semalam.
Menurut jurucakap Jabatan Penerbangan Awam Bangladesh, Rezaul Karim, tiga daripada 15 orang yang menaiki pesawat itu cedera ringan.
Beliau berkata, landasan yang digunakan kapal terbang itu khas untuk pesawat tentera menyebabkan ia tidak menjejaskan operasi penerbangan lain.
Pesawat ATR-72 itu terbang ke sini sebagai sebahagian daripada latihan penerbangan untuk juruterbang tentera. - Agensi

No comments:

Post a Comment