Search This Blog

Wednesday, May 9, 2012

Pekerja kedai tayar didakwa rogol

Pekerja kedai tayar didakwa rogol - Melaka & NS - Sinar Harian:


Pekerja kedai tayar didakwa rogol
Chyn Yik dibawa ke Mahkamah Sesyen, semalam.
AYER KEROH - Seorang pekerja kedai tayar mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan atas tuduh merogol seorang remaja bawah umur, Jun lalu.

Lim Chyn Yik, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Chyn Yik didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah unit rumah pangsa di Taman Malim Jaya, kira-kira jam 2.30 petang pada 16 Jun tahun lalu.

Dia berdepan tuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksima 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Haslida Isamail memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam bela, A N Gunalan memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan tertuduh tidak akan melarikan diri dan bersedia memberi kerjasama kepada mahkamah.

Zaharah kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 20 Jun depan.

No comments:

Post a Comment