Search This Blog

Thursday, May 17, 2012

Merajuk anak ditegur

myMetro | Merajuk anak ditegur:

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang suami menikmati makan malam romantik sempena ulang tahun perkahwinan pertama dengan isterinya musnah selepas wanita itu bersama dua anak mereka keluar dari rumah sehari sebelum sambutan itu pada 27 April lalu.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Syed Hassan Syed Abd Hamid, 42, berkata, dia tidur ketika isteri serta dua anak tirinya keluar dari rumah di Kampung Pasir di sini.

“Pada hari kejadian, saya tidur kerana kepenatan menaip kertas kerja berkaitan urusan perniagaan. Ketika itulah isteri, Rozita Said, 41, serta Muiz Abdul Majid dan Nasuha, masing-masing 19 dan 13 tahun keluar rumah,” katanya.
Dia percaya Rozita merajuk berikutan salah faham antaranya dan Muiz.

Katanya, pemeriksaan mendapati pakaian tiga beranak itu dibawa bersama.

“Jika isteri merajuk atau terasa saya menegur Muiz maka saya minta maaf, mungkin itu kekurangan saya.
“Saya langsung tiada niat marah, sekadar menegur. Walaupun anak tiri, saya anggap Muiz darah daging sendiri,” katanya.

Menurutnya, dia sering menegur Muiz dan Nasuha supaya lebih berdisiplin terutama dalam hal pelajaran.
Katanya, kali terakhir Rozita dilihat jiran menunggang motosikal bersama Muiz serta Nasuha menuju ke jalan utama.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun hampa. Saya juga mencari di kampungnya di Butterworth, Pulau Pinang, tetapi tiada.

“Berdasarkan maklumat, isteri mungkin berada di Johor Bahru atau Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, dia berharap tiga beranak itu kembali ke pangkuannya.

“Mereka pelengkap hidup saya. Bukan setakat ingin tahu khabar isteri, saya juga risaukan pelajaran Nasuha kerana dia pelajar pintar dan saya bimbang pelajarannya terjejas kerana dipercayai tidak ke sekolah sejak keluar rumah,” katanya.

Hassan yang bimbangkan keselamatan mereka membuat laporan di Balai Polis Tampoi sehari selepas mereka keluar rumah. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubunginya di talian 012-7382372.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan menerima laporan berkenaan.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment