Search This Blog

Tuesday, May 1, 2012

Lelaki mati disangka mabuk

myMetro | Lelaki mati disangka mabuk: "SUBANG JAYA: Kelibat seorang lelaki terbaring yang disangka penduduk terlalu mabuk sebenarnya mangsa bunuh selepas terdapat kesan tembakan di kepalanya dalam kejadian Sentral 2, USJ 1, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa baru keluar dari sebuah spa di tempat kejadian dan berjalan ke keretanya untuk pulang ke rumah.


Mayat mangsa berusia 34 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Subang jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa, Loh Kon Chong, 34, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu menetap di sini (Subang Jaya) sejak lebih enam tahun lalu.


“Pemeriksaan mendapati mangsa cedera di tangan kanan, bagaimanapun punca kematian dipercayai akibat ditembak di kepala,” katanya."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment