Search This Blog

Thursday, May 17, 2012

Ketua Kanchong Boy diburu

Ketua Kanchong Boy diburu - Selangor & KL - Sinar Harian:

Ketua Kanchong Boy diburu
Pegawai Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat, Inspektor Lassape Lamide menunjukkan komponen motosikal dirampas dalam 4 serbuan berasingan pada 7 dan 8 Mei lalu.
BANTING - Polis kini giat memburu Ketua Geng Kanchong Boy, Muhammad Amsyah Hafizi Hashim, 22, sindiket curi motosikal yang aktif selepas penahanan empat ahli kumpulan berkenaan termasuk seorang remaja berusia 14 tahun ditahan dalam empat serbuan berasingan sekitar Kanchong Darat pada 7 dan 8 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Nordin Manan berkata, dalam serbuan pertama pada 7 Mei lalu polis berjaya memberkas seorang suspek kira-kira jam 9 malam di Kanchong Darat.

Menurutnya, susulan penangkapan itu membawa polis kepada penyerbuan ketiga lagi lokasi termasuk sebuah bengkel yang dijadikan tempat meleraikan komponen motosikal sekitar kawasan tersebut pada 8 Mei lalu.

“Polis berjaya merampas sebuah motosikal, tiga rangka enjin dan tiga rangka motosikal dileraikan dalam keempat-empat serbuan ini.

“Dalam serbuan pertama di Kanchong Darat polis merampas sebuah motosikal diikuti dua rangka dan dua enjin dalam serbuan kedua manakala satu rangka serta satu enjin dalam serbuan ketiga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nordin berkata, polis berjaya menyelesaikan kira-kira 10 kes curi motosikal sekitar daerah ini dengan tertangkapnya ahli kumpulan berkenaan.

Katanya, komponen motosikal yang dileraikan kemudian dijual kepada pembeli dengan harga sekitar RM300 hingga RM400.

Nordin pada masa sama turut menasihati ibu bapa supaya mengawasi aktiviti anak-anak masing-masing supaya tidak terlibat dengan jenayah curi motosikal .

“Kerjasama ibu bapa diharapkan membantu mengurangkan kes curi motosikal dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment