Search This Blog

Tuesday, May 15, 2012

Dua sahabat didakwa miliki heroin

Dua sahabat didakwa miliki heroin - Terengganu - Sinar Harian:
Dua sahabat didakwa miliki heroin
Dua rakan sekampung mengaku tidak bersalah memiliki heroin
 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam

KUALA  TERENGGANU - Dua rakan sekampung di hadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dakwaan memiliki dadah jenis heroin yang disimpan di dalam sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Tengir, Manir, di sini, 7 Mac lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, Nurul Faizal Ibrahim, 31, dan Mohammad Ridhuan Razim, 21, dari Kampung Padang Tengir, Manir, di sini, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) Akta yang sama.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa pada 7 Mac lalu kira-kira jam 1.20 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Tengir, Manir, di sini, telah ada niat bersama dalam kawalan dadah jenis heroin seberat 11.811 gram.

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesala-han yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau seumur hidup dan diwajibkan dirotan tidak lebih 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Sejurus pengakuan tidak bersalah kedua-dua mereka direkodkan, Wan Fadhilah Nor menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh untuk melantik peguam dan sebarang jaminan tidak ditawarkan kepada kedua-dua mereka.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment