Search This Blog

Monday, May 7, 2012

Dua peragut remaja maut, parah

myMetro | Dua peragut remaja maut, parah: "KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau. Dua remaja lelaki yang dipercayai baru melakukan jenayah ragut terbabit dalam nahas kemalangan, menyebabkan seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera parah.

Difahamkan, kedua-dua remaja terbabit menunggang sebuah motosikal sebelum meragut beg tangan seorang wanita warga Singapura di Jalan Batu 3, Cheras, di sini, jam 1 pagi kelmarin.


Dalam kejadian jam 1 pagi, dua suspek berusia 18 dan 19 tahun dikatakan memerhatikan wanita terbabit yang makan di sebuah restoran sebelum seorang daripada mereka menghampirinya dan meragut beg tangan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek dipercayai melarikan diri sebaik melakukan jenayah ragut bersama rakannya yang menunggu dengan motosikal di luar premis.


“Bagaimanapun, jeritan wanita terbabit menyebabkan seorang pemandu kereta yang kebetulan menyaksikan kejadian itu mengejar motosikal ditunggang suspek,” kata Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh.


Katanya: “Ketika kedua-dua suspek melarikan diri, motosikal mereka dirempuh kereta berkenaan tidak jauh daripada lokasi kejadian.”"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment